Wanita Cantik Ini Teruja Belajar Mengaji Di Celik Al-Quran Secara Online

“Mulanya tak yakin sangat nak belajar secara online ni, saya risau susah nak faham sebab tak belajar secara berdepan dengan ustazah.

Tapi mula je kelas yang pertama saya rasa seolah-olah ustazah betul-betul ada depan saya.” Kata Puan Suri (bukan nama sebenar).

Begitulah perasaan Puan Suri yang telah mengikuti kelas mengaji bersama Celik Al-Quran baru-baru ini.

Pada mulanya, Puan Suri mengikuti kelas mengaji secara berdepan dengan ustazah.

Tapi selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, jadi semua kelas mengaji terpaksa ditutup.

Walau bagaimanapun belajar mengaji tetap diteruskan tetapi secara online.

Menurut Puan Suri lagi beliau paksakan diri juga belajar mengaji secara online kerana taknak ketinggalan dalam pelajarannya.

Hasil usahanya sendiri, kini Puan Suri dah boleh mengaji Al-Quran.

Kami team Celik Al-Quran berasa terharu dengan semangat yang ditonjolkan oleh Puan Suri.

Puan Suri juga berpesan, yang berusia juga perlu belajar menggunakan teknologi moden sebagai platfom utama untuk belajar mengaji.

“Tuan Puan juga perlu mencuba kelas mengaji di Celik Al-Quran kerana kelasnya dibuat secara online sahaja, jadi tak perlulah nak malu-malu.

Paling best, kalau studentnya lelaki maka belajarnya dengan ustaz.

Dan kalau studentnya wanita akan belajar bersama dengan ustazah.

Anda tiada masa untuk mengaji? Jangan risau sebab Celik Al-Quran ni dia akan ikut masa Tuan Puan untuk mengaji”. Tambah Puan Suri lagi.

Share artikel ini di:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian