Salah satu daripada tanda kesempurnaan kita membaca Alquran adalah membacanya dengan sebenar-benar bacaan.
Dan, antara cara membaca Al-Quran dengan sempurna pula adalah apabila kita mewakafkan bacaan pada tempat yang betul.
****
Apa Itu Waqaf?
Waqaf daripada segi bahasa bermakna berhenti.
Daripada segi istilahnya;
Memberhentikan bacaan seketika ataupun terputus suara (nafas) di hujung atau di akhir ayat.
Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, ada beberapa jenis tanda waqaf yang ditulis. Tanda-tanda ini biasanya terletak pada pertengahan ayat.
****
Fungsi Waqaf
Fungsi waqaf adalah bagi membantu kita berhenti dan mengambil semula nafas. Berhenti (waqaf) pada tempat yang betul dapat memelihara makna Al-Quran.
****
Apa Kesan Jika Kita Waqaf Di Tempat Yang Salah?
Apabila kita wakaf di tempat yang salah, takut-takut kita akan merosakkan kesempurnaan makna ayat. Dengan makna lain, kita boleh jadi berdosa!
****
Secara asasnya, tanda wakaf ini dibuat bagi memelihara makna Alquran.
Apabila kita membaca Alquran, kita tahu ingin berhenti wakaf di tempat yang sepatutnya.
Lainlah jika kita ni memang mahir dan tiada masalah untuk menguasai Bahasa Arab!
****
Pelbagai Tanda Waqaf Al-Quran
Disini kita lihat beberapa tanda yang biasa dijumpai dalam Alquran Rasm Uthmani. Ada 6 tanda wakaf yang biasa kita dapat lihat dalam Alquran Rasm Uthmani.
****
Tanda-Tanda Waqaf Dalam Alquran
Walaupun telah diletakkan tanda-tanda pada Alquran, namun masih ramai lagi yang gagal untuk berhenti dengan betul.
Apabila berhenti secara semberono, sudah tentu akan mengubah makna Alquran.
Kesannya akan mendatangkan dosa. Daripada membaca dapat pahala, jadi berdosa pula!
****
Ada Cara Lain Untuk Waqaf Dengan Betul?
Ya, ada! Caranya adalah dengan menggunakan Alquran Wakaf Ibtida’
Ada 2 jenis Alquran Wakaf Ibtida yang saya rekemen untuk digunakan.
- Alquran Wakaf Ibtida terbitan Telaga Biru
- Alquran Wakaf Ibtida terbitan Karya Bestari
Saya sendiri gunakan Alquran Wakaf Ibtida terbitan Karya Bestari.
Tanda merah bermakna berhentikan bacaan.Tanda hijau bermakna memulakan bacaan.
Dah macam tanda di trafic light kan? 🙂 Sememangnya mudah menggunakan Alquran ini.
Bagi kita yang selalu terkeliru dimana tempat yang sepatutnya untuk berhenti, saya benar-benar bermohon carilah Alquran ini.
Harganya pun berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki.
Tak tahu mahu cari di mana?
Boleh whatapps kami di 018 900 7674
Kami sedia bantu tuan puan carikan Alquran ini.
Kami sedia mudahkan tuan puan untuk membaca dan mewakafkan bacaan Alquran di tempat yang betul.