Yasin Buat Ayah!

Hari itu benar-benar memukul ego aku.

Sebagai anak lelaki sulung, aku rasakan akulah orang paling tidak berguna di masjid itu. 

Jasa baik ayah dalam membesarkan aku tidak mampu aku balas pada hari itu.

Aku benar-benar tersedar. Tersentak bangun dari tidur yang terlalu panjang.

Pada saat umur aku 43. 43 tahun yang penuh dengan amalan sia-sia. 

 

 

.

Aku bukan budak jahat, tidak.

Cuma, aku anak yang jahil dengan agama.

Aku tahu aku tidak pandai, namun tidak sekali aku berusaha untuk mencari ilmu atau belajar untuk memperbaiki diri.

.

Aku sengaja sibukkan diri dengan hal dunia. Agama aku letakkan sebagai hal kedua, tiga dan empat.

Tidak pernah menjadi prioriti hidupku, sehingga hari itu.

Hari di mana abah menghembuskan nafas terakhirnya.

Hari itu, aku yang petah berbicara setiap kali mikrofon disuakan, terdiam membisu.

Tatkala buku-buku yasin dihulurkan, tangan aku menggigil untuk mencapainya.

Aku… aku… tidak tahu membaca buku kecil itu.

Semua yang tertulis di dalam buku itu terlalu asing buatku.

Apa yang aku mampu ialah menjeling orang sebelah dan cuba membuka muka surat yang sama.

.

Mulut sengaja digerakkan untuk menutup malu.

Walhal… aku sendiri tidak tahu apa yang aku kumat-kamitkan.

Lama pula mereka baca tu… bila nak habis ni? 

Tiba-tiba, bahuku dicuit seseorang.

Aku menoleh. Anak sulungku, Syifaa, sedang berdiri dan memanggil untuk diriku untuk ke belakang.

Tepat pada masanya!

.

Aku pun memang sudah panas punggung untuk terus duduk lama di situ.

Aku bukanlah seorang pelakon yang hebat.

Cepat-cepat aku bangun dari duduk dan meminta izin untuk berjalan keluar.

Laluan dibuka untuk aku melangkah dengan mudah. Alhamdulillah.

.

Sebaik sahaja bertemu Syifaa, dia menghulurkan sebuah buku kecil.

“Saya rasa ayah perlukan buku ini.”  

Oh, tidak… Yassin lagikah?

Wajah aku mula berkerut seribu, tidak senang hati dengan tindakannya.

.

Dengan lembut Syifaa memegang bahuku dan merapatkan badan untuk berbisik,

“Yassin itu ada ejaan rumi untuk ayah baca. Bolehlah ayah sedekahkan Yassin dengan mudah untuk atuk nanti.”

.

Aku tersentak seraya membuka buku kecil itu dengan laju.

Ya, betul ada tulisan rumi.

“Yassin. Wal quranil hakim.”

Kalau begini, aku boleh bacalah…. 

Air mata yang mula berkaca-kaca di kelopak mataku diseka segera.

.

Aku tersenyum sambil memandang Syifaa.

Senyuman terima kasih seribu satu makna.

Terima kasih kerana memahami ayah, anakku…

.

Aku kembali duduk mengadap jenazah.

Air mata berjurai laju setiap kali aku menuturkan bait-bait ayat suci di dalam surah Yassin, yang pertama kali aku baca.

.

Merangkak, walaupun dalam rumi.

Ternyata, aku memang sangat jahil.

Tiada guna ijazah setinggi gunung jika aku tidak mampu membaca kalam Allah itu.

.

Air mata yang semakin lebat turun sudah tidak mampu diseka.

.

Sedih kerana abah sudah tiada.

Sedih juga kerana aku masih diberi ehsan dan peluang untuk menghadiahkan abah bacaan ayat suci Al-Quran walaupun aku tidak kenal huruf Kalam Allah itu walau sepatah.

.

Allah memang tidak pernah kejam.

Hanya kita sahaja, yang tidak mampu menilai nikmat yang Dia sentiasa beri.

.

Yang pasti, selepas ini… aku perlu berubah!

Demi orang-orang yang aku sayang… demi diriku sendiri juga!

.

“Assalamualaikum. Ini tempat untuk belajar mengaji?”

“Ya saya. Selamat datang ke Celik Al-Quran. Jemput masuk dan duduk.”

.

Aku melihat sekeliling.

Ruangan yang sangat kemas dan teratur.

.

Semua yang ada kelihatan ramah dan berbesar hati menyambut setiap tetamu yang hadir.

Aku memilih untuk duduk di sofa empuk yang disediakan sebelum seorang lelaki datang membawa beberapa risalah di tangan.

Kami bertukar jabat tangan.

.

“Saya datang membawa hajat, ustaz.” 

Aku bersuara.

.

 

“InsyaAllah, kami bantu mana yang mampu.” Pendek sahaja ustaz menjawab.

 

Kata-kataku itu turut disambut dengan satu senyuman manis.

Aku rasa mereka sudah sedia maklum niat setiap orang yang melangkah masuk ke bilik itu.

.

“Saya sebenarnya nak belajar balik dari bawah.”


Saya tidak pernah sertai mana-mana kelas sebelum ini.

Sejak dari kecil lagi, memang saya tidak pernah ke kelas agama.

.

Hari ini, saya terkilan sebab saya tidak pandai mengaji.

Sebenarnya, sudah lama ada niat hendak belajar balik ustaz, cuma itulah…

.

Saya malu nak mengaku tak reti dan masa selalu cemburui. 

Saya tahu itu semua hanya alasan yang saya sentiasa reka.

.

“Saya malu ustaz, saya malu…”

Sejak abah meninggal, air mata aku memang mudah untuk turun dengan sendiri.

Hati aku mudah tersentuh apabila bercerita tentang ilmu Al-Quran.

.

Aku rasakan diri ini terlalu kerdil apatah lagi apabila berada di hadapan guru-guru agama yang berilmu di Celik Al-Quran, Bangi.

“InsyaAllah encik… Ada kemahuan, ada usaha, insyaAllah boleh!”  

Pendek sahaja ustaz menjawab.

.

“Boleh ke saya dapat membaca balik seluruh Al-Quran ini?

Sebab… sebab umur saya sudah 43 tahun ustaz.

Saya rasa lembab otak mahu menghafal semua,”

.

Sesungguhnya aku tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila melangkah masuk ke pusat pengajian yang satu ini.

.

“Tidaklah banyak mana… kita perlu kenal 29 huruf hijaiyyah sahaja.

Selepas kenal huruf-huruf itu, insyaAllah boleh mula membaca sedikit demi sedikit,”

Ustaz menerangkan dengan jelas dan penuh keyakinan.

.

“29 sahaja? Lebih kurang macam ABC tu?”

Aku seperti tidak percaya. 

.

“Ya, begitulah. Tidak susah mana, insya-Allah. Saya yakin tuan lebih dari mampu!”

.

“Benarkah ustaz?”

kata-kata itu sedikit sebanyak memberi harapan kepada diriku.

“Kemudian, saya boleh membaca Yassin tanpa perkataan rumi?”

“Lebih dari itu. Kami akan tolong encik sehingga khatam Al-Quran juga, jika mahu.” Ustaz menambah lagi.

.

“Allahuakbar!”

Pada saat yang sama juga, aku terus bangun dan sujud syukur.

Air mata jantan turun tanpa rasa malu.

.

Buat masa ini, aku lebih malu pada yang Maha Esa berbanding manusia lain yang ada disekelilingku.

.

Aku tersentuh, ada insan yang mahu membantu.

Aku tersentuh, punya ahli keluarga yang mahu menyokong niat murniku.

Aku tersentuh, kerana masih diberi nyawa untuk memperbaiki kekurangan diriku.

.

.

Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar! 

Terima kasih abah untuk satu kematian yang menghidupkan diriku!

 

——–

Mahu belajar mengaji bersama guru membimbing? Klik butang TERUSKAN dibawah

Sertai Kelas Bimbingan Individu

Masa pembelajaran adalah fleksibel dan anda boleh mengatur masa belajar mengikut kesesuaian

Sudah berusia tapi belum boleh membaca Al-Quran?

Dapatkan eBook percuma sekarang!